Sejarah

Sejarah Ringkas
Kampung Kunak Jaya

Kampung Kunak Jaya telah wujud pada awal tahun 1978 sewaktu pemerintahan Kerajaan Parti Berjaya dan ditadbir oleh seorang Pengerusi JKKK. Antara kampung-kampung yang berhampiran dengan Kg. Kunak Jaya seperti Kg. Kunak Kecil, Kg. Bagiang, Kg. Buang Sayang dan Kg. Kunak Laut.
Mengikut cerita orang lama, Kampung Kunak Jaya adalah sebuah tempat penyimpanan balak yang telah di eksploitasi dari hutan-hutan yang berhampiran dengan kawasan Kunak sebelum dieksport ke semenanjung Malaysia dan luar negara. Pada waktu itu, hanya ada tiga buah rumah di kawasan sekitar Kampung Kunak Jaya iaitu En. Misuari, En. Gani dan En. Abdul Musuh.
Sehingga tahun 1981, Kampung Kunak Jaya telah di iktiraf sebagai kampung dengan En. Harun Bin Hj. Jaujalis dilantik sebagai Ketua Kampung Kunak Jaya yang pertama. Pada tahun 1985 pula, En. Abduh Musuh telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kunak Jaya yang pertama.

Pada masa kini, telah banyak bantuan dari pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuaan yang telah disalurkan kepada Kampung Kunak Jaya bagi memajukan kawasan luar bandar. 

No comments:

Post a Comment